#Sejak semalam, tersebar di laman sosial kononnya seekor kambing yang dibela oleh seorang lelaki bernama Pak Berahim yang dikatakan tinggal di Kampung Felda Sungai Mas Blok 8 Kota Tinggi Johor telah melahirkan seekor anak yang mempunyai iras kucing dan seakan-akan manusia. #Gambar viral berkenaan kini mula tersebar luas dan memang dikatakan berlaku di Malaysia berdasarkan kertas akhbar yang dijadikan alas haiwan berkenaan yang bertulisan bahasa Malaysia. #Menurut sumber, anak kambing berkenaan telah dilahirkan pada jam 12 tengahhari Jumaat (22/4) semalam dan mati beberapa minit kemudian.
#Bagaimanapun kami pihak Siakapkeli belum dapat memastikan adalah ianya betul-betul terjadi atau pun rekaan, kami tidak menafikan atau mengiyakan. Kalau ada pembaca yang melihat dengan mata sendiri kejadian berkenaan boleh tampil mengesahkan. -Siakapkeli.my #Sumber dari page: Demi Rakyat Johor dan Orang Kota - Tinggi
#Pertelingkahan antara dua pelakon baru Ruhainies dan Janna Nick masih lagi mendapat perhatian ramai. Semalam, menerusi rancangan Meletop Ruhainies telah dijemput bagi menjawab isu beliau bersama Janna. #Walaupun Janna tidak dapat hadir pada program berkenaan, beliau berulang kali memohon maaf kepada Ruhainies melalui video temuramah yang dirakam pihak Meletop. Ruhainies mengakui beliau sebenarnya sudah lama memaafkan Janna dan berharap isu ini telah selesai. Namun, ada sesetengah netizen mempertikaikan ketulusan hati Ruhainies dalam kenyataan maafnya itu.
#Untuk pengetahuan anda, Janna sebelum ini telah menghubungi Ruhainies melalui WhatsApp untuk menyelesaikan isu mereka secara baik dan pada masa yang sama memohon maaf kepada Ruhanies. Malangnya Ruhainies tidak membalas mesej yang dikirim oleh Janna dan tidak mengatakan beliau sudah memaafkan heroin Suami Tanpa Cinta itu. Berikut antara mesej yang dikirim oleh Janna kepada Ruhainies :-
#Hmmmphh, harapnya kes ini sudah betul-betul selesai dan masing-masing sudah boleh move on . Bak kata orang, industri hiburan Malaysia ini kecil, tidak elok kalau bersengketa lama-lama. Lagipun Ruhainies dan Janna baru sahaja ingin mengukuhkan nama mereka dalam industri hiburan tempatan
#ALFATIHAH... ISTERI SYUKRI YAHYA KEHILANGAN CINTA HATINYA BUAT SELAMA-LAMANYA...
#Admin ucapkan salam takziah kepada Tya Adnan, iaitu isteri pelakon terkenal Negara, Syukri Yahaya yang telah kehilangan ibunya pagi semalam. Allahyarhamah Noor Ma Mohamed, 64, telah selamat dikebumikan selepas Asar.. Al-fatihah...