Saturday, April 30, 2016

Sumpahan ULAR : Selepas Murid Tahun 1 Maut, Kini Seorang Murid Tahun 2 Digigit Ular Di Rembau..Hati-Hati lar Ketika Bermain, Awasi Anak Anda.




#Murid Tahun 2 Di Patuk Ular : Seorang murid perempuan Tahun Dua pengsan disyaki akibat dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong di Rembau, pagi tadi.


#Dalam kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikatakan terjatuh ketika bermain di padang sekolah berkenaan, sebelum tidak sedarkan diri dengan beberapa rakannya mendakwa mereka ternampak ular berhampiran lokasi mangsa rebah. Mangsa kemudiannya  dihantar ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), untuk rawatan lanjut. 

#"Buat masa ini kita difahamkan doktor masih menjalankan pemeriksaan lanjut terhadapnya. Dia berada dalam keadaan sedar dan stabil. "Kita juga difahamkan doktor mengesan kesan gigitan atau patukan pada bahagian kaki, namun belum dapat memastikan sama ada ia adalah kesan patukan ular," katanya. Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil, akan membuat sidang media mengenai kes itu di SK Chembong pagi esok. Sumber BeritaHarian 

0 comments :

Post a Comment